Cogan Kata Sekolah
CONTOHILAH TELADAN YANG BAIK
Huraian:
SMK ST. Michael mempunyai wawasan tersendiri apabila menetapkan cogan kata sekolah ini.
Wawasan tersebut ialah melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam setiap lapangan yang akan diceburi oleh mereka. Pihak sekolah percaya bahawa teladan yang baik merupakan asas kepada segala-segalanya sebelum seseorang itu boleh bergiat dalam sesuatu aktiviti seperti pembelajaran.
Pihak sekolah juga mengharapkan para pelajar dapat mengamalkan teladan yang baik ini selepas mereka meninggalkan bangku sekolah dan memasuki alam pekerjaan.